bullet

Depan

bullet

Kenali Kaunselor

bullet

E-Kaunseling

bullet

Bagaimana ia dijalankan

bullet

Limitasi Perkhidmatan E-Kaunseling

bullet

Hubungi saya


Pautan Artikel

Etika & Garis Panduan
Konsep & Ciri E-kaunseling
Kekangan Perkhidmatan E-Kaunseling
Perkhidmatan E-Kaunseling di Malaysia

 

Email : zaidanor@yahoo.com
 

Zaida Nor

 

 Muat Turun

 

 

Rangkaian Pilihan
 
 
 
 
 


Bagaimana perkhidmatan e kaunseling dijalankan?


Terdapat dua cara bagi anda mendapatkan perkhidmatan e-kaunseling.
Pertama secara e-mel. - Anda hubungi saya secara emel dan kemudian saya akan membalas untuk meneruskan sesi kaunseling secara online ini.

Kedua secara ruang sembang (chatroom). Anda hubungi saya secara emel (jika saya offline) dan kemudian saya akan balas emel anda dengan memberikan tarikh dan masa temuanji. Selepas anda masuk (log-in) ke dalam ruang sembang maka sesi e-kaunseling boleh diteruskan atas persetujuan anda.

Perisian yang digunakan.. Yahoo Messeger.. anda boleh memuat turun perisian ini dari laman web yahoo.com.


 

Apa alatan yang-diperlukan?

Hanya komputer dan akses internet.

Apa kemahiran yang diperlukan?

Anda mahir menggunakan internet untuk tujuan emel dan bersembang (chatting) telah memadai.

Protokol Chat
 

Memandangkan sesi e-kaunseling tiada pertemuan secara bersemuka maka meluahkan emosi menjadi sedikit kaku. Jadi bagi membantu anda dan kaunselor, terdapat 2 cara yang boleh digunakan.

1. Smileys
Penggunaan smileys telah digunapakai secara meluas dalam internet. Smileys akan dibekalkan kepada untuk membantu anda meluahkan perasaan anda.

2. Emotional Bracketing
Setiap kali anda merasakan perlu untuk meluahkan perasaan anda, anda hanya perlu menyatakannya dalam kurungan. Contoh: .
Saya tak setuju dengan keputusan saya itu (Geram)


Peranan Kaunselor
 
  • bersedia mendengar, memahami dan berinteraksi dengan anda melalui e-mel terhadap sebarang isu yang kemukakan.
  • Segala yang anda kongsi adalah SULIT dan akan saya rahsiakan kecuali jika saya merasai anda mungkin akan mengancam keselamatan diri anda dan orang awam.
  • Dalam kes berkenaan, kita akan bergerak melakukan kaunseling krisis yang mungkin akan melibatkan polis, wad psikitri dan/atau ahli keluarga anda.
  • Kerahsiaan juga melibatkan tanggungjawab saya untuk merahsiakan identiti anda. Anda boleh terus tidak memberitahu latar belakang sebenar anda dan saya akan tetap menghormati pilihan anda.
  • Anda mungkin memerlukan alamat e-mel lain sekiranya anda berhasrat tidak mahu saya mengetahui siapa diri anda (tidak penting bagi saya).


Peranan anda

 

  • membebaskan diri dari sebagai bentuk halangan dan meluahkan apa sahaja kepada saya.
  • Anda boleh menulis emel kepada saya sekerap yang anda mahu.

    Walau bagaimana pun, ciri-ciri e-mel tidak membolehkan saya berinteraksi dengan anda secara automatik. Saya harap anda faham tentang had teknologi melalui e-mel yang akan kita gunakan. Anda juga seharusnya merahsiakan hubungan kaunseling kita demi menjaga etika kerahsiaan kaunseling tercapai.

    Oleh kerana persetujuan hubungan kita hanya melalui e-mel, anda tidak digalakkan menghubungi saya melalui telefon atau bersemuka (kecuali bagi kes tertentu setelah persetujuan dua belah pihak tercapai). Sebagai klien, anda juga berhak memutuskan hubungan kaunseling kita bila-bila masa sahaja. Walau bagaimana pun, saya amat berharap anda dapat memaklumkan kepada saya satu sesi (satu e-mel) sebelum anda berhasrat menamatkannya.

 


Langkah seterusnya

Saya dapat rasakan keinginan anda untuk cuba merasai pengalaman melakukan kaunseling secara online bersama saya. Anda telah membuat keputusan yang bijak. Saya bangga dengan potensi semulajadi yang ada pada diri anda.

Langkah seterusnya ialah untuk menghantar e-mel kepada saya dan berkongsi dengan penuh rela terhadap sebarang isu yang sedang mengganggu kehidupan anda. Hubungi saya di alamat e-mel berikut: zaida_nr@yahoo.com

Apabila saya menerima e-mel pertama anda, ini bermakna pehubungan kaunselor-klien antara anda dan saya telah terbentuk. Ini juga bermaksud anda telah memahami dan menerima maklumat yang telah saya nyatakan dalam persetujuan termaklum (inform consent) mengenai kaunseling online. Anda juga maklum bahawa perhubungan kaunselor-klien kita adalah secara sukarela dan terjalin atas kehendak anda sendiri.
 

 

hak cipta terpelihara ©  zaida_nor 2007