bullet

Depan

bullet

Kenali Kaunselor

bullet

E-Kaunseling

bullet

Bagaimana ia dijalankan

bullet

Limitasi Perkhidmatan E-Kaunseling

bullet

Hubungi saya


Pautan Artikel

Etika & Garis Panduan
Konsep & Ciri E-kaunseling
Kekangan Perkhidmatan E-Kaunseling
Perkhidmatan E-Kaunseling di Malaysia

 

Email : zaidanor@yahoo.com
 

Zaida Nor

 

 Muat Turun

 

Rangkaian Pilihan
 
 
 
 

Apa itu e-kaunseling?
 

  • Kaunseling merupakan perkhidmatan menolong kepada anda yang memerlukan.
     
  • Sesiapa yang menghadapi kesulitan berkaitan peribadi, keluarga, keremajaan, emosi, perhubungan dan seumpamannya boleh mendapatkan bantuan melalui e-kaunseling.
     
  • Perkhidmatan ini lebih menjurus kepada perbincangan, berkongsi pandangan, berkongsi pengalaman dan akhir perbincangan akan menghala kepada penyelesaian yang diperlukan oleh anda.
     
  • Penyelesaian kepada masalah mungkin tidak berlaku pada sesi yang pertama, mungkin tidak juga dalam sesi yang kedua. Biasanya penyelesaian berlaku apabila anda telah bersedia membuat keputusan untuk mengubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Mungkin juga penyelesaian boleh berlaku pada sesi perbincangan yang pertama lagi.
     
  • Segala-galanya terpulang kepada kesediaan anda dan juga isu yang dibincangkan bersama. Perkara yang penting di sini ialah anda tidak berseorangan dalam mencari penyelesaian itu. Walaupun kita tidak bersua namun saya akan bersama-sama anda untuk mencari jalan keluar menghadapi kesulitan yang anda hadapi.
     
  • E-kaunseling bermaksud anda tidak perlu lagi mencari dan mendapatkan kaunselor di luar. Anda hanya perlu menekan butang kekunci yang ada pada komputer anda dan sambungkan talian ke internet. Anda juga boleh berhubung dan membuat temujanji melalui e-mel. Dengan ini masa anda akan dapat dijimatkan dan anda berasa sungguh selesa kerana anda tidak perlu keluar lagi dari rumah untuk mendapatkan kaunselor anda

 

 
 

hak cipta terpelihara ©  zaida_nor 2007